25
Oktober, Pusat Penyelidikan Langkawi -
Seramai 67 penyelidik yang terdiri daripada pelbagai bidang kepakaran telah
menyertai Ekspedisi Saintifik Gunung Raya yang dianjurkan oleh Pusat
Penyelidikan Langkawi, UKM dengan kerjasama LADA, Jabatan Perhutanan Negeri
Kedah, Jabatan Mineral dan Galian, Jabatan Perhilitan Negeri Kedah dan Jabatan
Perparitan dan Saliran Negeri Kedah.
Tujuan
ekspedisi ini dilaksanakan adalah untuk melengkapkan pengkalan data sumber asli
dan budaya kepulauan Langkawi. Diharapkan dengan kajian ini dapat membongkar
khazanah alam di sekitar Gunung Raya demi faedah dan manafaat akademik serta
dapat membantu industri pelancongan di Langkawi.
Antara
bidang kajian yang diberi tumpuan pada ekspedisi kali ini ialah geologi,
biologi, komuniti dan masyarakat setempat serta kajian pencemaran sungai akibat
aktiviti pelancongan.
No comments:
Post a Comment