LAWATAN KERJA ‘EXPLORE THE GEOPARK’ BERSAMA GEOPARK AMBASSADOR KE GUNUNG SEWU UNESCO GLOBAL GEOPARK, INDONESIA
23
– 27 Mei 2016, seramai 11 orang Geopark
Ambassador Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGG) telah diberi kesempatan untuk
mengadakan lawatan kerja ‘ Explore The Geopark’ ke Gunung Sewu UNESCO Global
Geopark. Lawatan kerja ini adalah untuk berkongsi dan memberikan pendedahan
serta pengalaman kepada para peserta berkenaan urus tadbir sesuatu geopark dan
menghayati keindahan alam semulajadi yang terdapat di Gunung Sewu UNESCO Global
Geopark.
Delegasi dari LUGG ini disambut baik oleh bupati Gunung Kidul iaitu
En. Khairudin dan Penguru Besar Gunung
Kidul Ir. Budi Martono Msi. Delegasi LUGG dibawa melihat Situs Gunungapi Purba
Nglanggeran Patuk, Sungai Batur dan Situs Gua Pindul Bejiharjo, Karangmojo serta
melihat Muzium Karst di Pracimantoro Wonogiri. Keunikan adat, budaya serta
kepercayaan orang jawa dapat dilihat ketika delegasi mengunjungi Kuil
Borobudur, Pawon dan Mendut. Selain daripada itu, delegasi juga berpeluang
untuk mendekati Gunung Merapi yang dikatakan gunung api yang masih lagi aktif.
Dikatakan letusan Gunung Merapi yang terakhir adalah pada Jun 2006 yang lalu telah
meninggalkan banyak kesan kepada penduduk tempatan.
No comments:
Post a Comment