Sunday, June 5, 2016

Majlis Pelancaran Logo Baharu Langkawi UNESCO Global Geopark dan Pelantikan Geopark Ambassador

28 Februari 2016, bertempat di Frangipani Langkawi Resort & Spa telah berlangsungnya majlis pelancaran logo baharu Langkawi UNESCO Global Geopark. Logo baru ini dilancarkan setelah geopark diumumkan secara rasminya merupakan sebuah program di bawah UNESCO pada 17 November 2015. Sebanyak 130 global geopark daripada 20 buah negara termasuk Langkawi kini berada di bawah naungan UNESCO.

            Pada majlis yang sama juga, pihak LADA telah menyerahkan sijil pelantikan “Geopark Ambassador” kepada individu-individu yang banyak memainkan peranan dan memberi sumbangan kepada Langkawi UNESCO Global Geopark. Seramai 21 orang yang terdiri daripada pelbagai latar belakang telah dilantik sebagai
Geopark Ambassador. Mereka merupakan i
ndividu  di kalangan komuniti dan pemain industri pelancongan Langkawi yang dilantik berdasarkan  pengetahuan dan kebertanggungjawaban  serta keprihatinan yang tinggi terhadap Langkawi UNESCO Global Geopark. Mereka  adalah wakil ikon kepada masyarakat  Langkawi  tanpa jemu mempromosi Langkawi UNESCO Global Geopark kepada komuniti dan pelancong.

Peranan GEOPARK AMBASSADOR  adalah:-

·  menyampaikan maklumat yang tepat mengenai Langkawi UNESCO Global Geopark.

·         memberi kesedaran kepada komuniti dalam menjaga sumber semulajadi.

·         menonjolkan imej sebagai geopark ambassador secara berterusan.


·      menggalakkan kedatangan pelancong serta peluang peningkatan ekonomi kepada komuniti setempat.

·      mempromosikan Langkawi UNESCO Global Geopark dalam acara dan program yang dihadiri.





Regional Geoheritage Conference 2015

Pada 2 hingga 5 November 2015 yang lalu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah menganjurkan “Regional Heritage Conference 2015” bertempat di Kompleks LADA.

Peserta-peserta persidangan ini terdiri daripada tokoh pendidikan daripada institusi pengajian tinggi, jabatan-jabatan kerajaan dan juga individu penting yang terlibat dalam pemuliharaan geopark. Sebanyak tiga buah negara terlibat dalam menjayakan persidangan ini iaitu Thailand, Malaysia dan Indonesia melibatkan kira-kira 60 orang peserta.

Persidangan ini bermula dengan pembentangan kertas kerja pada hari pertama
persidangan di Auditorium Kompleks LADA pada 2 hingga 3 November 2015. Lawatan lapangan iaitu  ke Kubang Badak yang terletak di dalam kawasan konservasi Machinchang Cambrian Geoforest Park telah diadakan pada hari ketiga persidangan. 

Persidangan selama empat hari ini diakhiri dengan lawatan ke Phu Pha Pet Cave yang terletak di kawasan Satun Geopark , Thailand pada  5 November 2015.











Langkawi Kekal Status Geopark

Langkawi Global Geopark sekali lagi berjaya mengekalkan status sebagai Langkawi Global Geopark untuk tempoh empat (4) tahun lagi iaitu 2015 hingga 2019.

Kerjasama dan usaha yang berterusan dari semua pihak  dalam memastikan kejayaan Langkawi Global Geopark untuk terus memegang kad hijau akhirnya membuahkan hasil apabila Langkawi Global Geopark dianugerahkan sijil tersebut semasa persidangan bertempat di San’i Kaigan Jepun pada 17 September 2015. YBhg. Tan Sri Khalid, Ketua Pegawai Eksekutif LADA telah menerima sijil tersebut daripada pihak UNESCO.

Rentetan daripada kejayaan tersebut, satu sidang media telah diadakan pada 28 September 2015 bertempat di Ayer Hangat Village bertujuan untuk mengumumkan keputusan penilaian semula Langkawi Global Geopark yang telah diadakan pada 1 hingga 4 Ogos 2015. Kenduri kesyukuran sempena kejayaan mengekalkan status Langkawi Global Geopark turut
diadakan pada hari yang sama.







Misi Penilaian Semula Langkawi Global Geopark

Pada 1 hingga 4 Ogos 2015 yang lalu, Langkawi Global Geopark telah menerima kehadiran dua orang penilai daripada pihak UNESCO dalam misi penilaian untuk memastikan kelangsungan pulau pelancongan ini terus memegang status Langkawi Global Geopark bagi tempoh empat tahun lagi.

Wakil daripada UNESCO yang bertindak sebagai penilai iaitu  Mr Pascalue Li Puma dari Madonie Geopark Itali dan juga Mr Pablo Rivas Palomo dari Cabo De Gata Nijar Natural Park, Sepanyol. Penilaian semula bagi kali kedua ini juga membuktikan bahawa LADA selaku peneraju pembangunan dan juga penyelaras Langkawi Global Geopark begitu komited dalam mempertahankan status geopark demi kepentingan bumi Langkawi sendiri dan juga negara Malaysia amnya.


Penilaian dilakukan adalah berdasarkan pembentangan, lawatan ke geotapak, aktiviti konservasi, budaya dan juga pendidikan serta penglibatan komuniti setempat. YBhg. Tan Sri Khalid, Ketua Pegawai Eksekutif LADA telah membentangkan kertas kerja bertajuk “Langkawi At A Glance”.

Para penilai telah melawat tiga kawasan konservasi utama Langkawi Global Geopark iaitu Kilim Karst Geoforest Park, Machinchang Cambrian Geoforest Park dan juga Dayang Bunting Marble Geoforest Park. Selain itu, mereka juga dibawa melawat ke Laman Padi dan juga sekolah angkat geopark yang baru iaitu Sek. Men. Kebangsaan Kedawang.


Misi penilaian pada kali ini telah mendapat kerjasama daripada agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Polis Marin, APMM, Jabatan Laut, Jabatan Perhutanan, Jabatan Kesihatan serta Jabatan Pertahanan Awam.











PROGRAM KONSERVASI BERSAMA PESERTA PRORGAM MALAYSIAN TECHNICAL COOPERATION PROGRAMME (MTCP) – CERTIFICATE IN JUVENILE AND REHABILITATION Program konservasi penanaman anak bakau telah diadakan di sekitar kawasan Kilim Karst Geoforest Park pada 7 April 2016 lalu. Program anjuran LADA ini telah melibatkan 38 orang peserta luar negara antaranya Indonesia, Brunei, Fiji, India, Tanzania, Filipina, Uganda, Cambodia, Mauritius dan Thailand serta beberapa peserta tempatan daripada Jabatan Penjara. Mereka merupakan peserta program Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP) – Certificate In Juvenile And Rehabilitation anjuran Wisma Putra dan Akademi Koreksional pada 1 hingga 27 April 2016.

Program ini dimulakan dengan taklimat mengenai hutan paya bakau di kawasan Santuari Bakau. Peserta juga diberi penerangan mengenai cara menanam anak bakau dan turut dibekalkan dengan dua anak pokok setiap seorang untuk dibawa ke tapak tanaman dengan menaiki bot. Sebanyak 84 anak bakau berjaya ditanam oleh pesert
a. Program ini berakhir dengan lawatan peserta ke Gua Kelawar, Eagle Watching, Andaman Sea Tour dan Fish Farm. Turut hadir bersama Tuan PKP S. Adinaraina, Pengarah Akademi Koreksional Malaysia.
  











Monday, November 10, 2014

Ekspedisi Saintifik Gunung Raya 2014


25 Oktober, Pusat Penyelidikan Langkawi - Seramai 67 penyelidik yang terdiri daripada pelbagai bidang kepakaran telah menyertai Ekspedisi Saintifik Gunung Raya yang dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan Langkawi, UKM dengan kerjasama LADA, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, Jabatan Mineral dan Galian, Jabatan Perhilitan Negeri Kedah dan Jabatan Perparitan dan Saliran Negeri Kedah.

Tujuan ekspedisi ini dilaksanakan adalah untuk melengkapkan pengkalan data sumber asli dan budaya kepulauan Langkawi. Diharapkan dengan kajian ini dapat membongkar khazanah alam di sekitar Gunung Raya demi faedah dan manafaat akademik serta dapat membantu industri pelancongan di Langkawi.

Antara bidang kajian yang diberi tumpuan pada ekspedisi kali ini ialah geologi, biologi, komuniti dan masyarakat setempat serta kajian pencemaran sungai akibat aktiviti pelancongan.

Menurut Dr. Kamal Roslan, Pengarah Pusat Penyelidikan Langkawi hasil kajian ini akan dibukukan bagi tujuan rujukan dan akademik sebagimana ekspedisi Selat Kuah dan Bukit Sawak. Menurut beliau lagi, pihaknya akan sentiasa merancang dan menyelaras aktiviti kajian di Langkawi bagi memastikan khazanah alam semula jadi di Langkawi Geopark mempunyai pengkalan data yang lengkap.