Friday, February 17, 2017
Wednesday, November 9, 2016
Sunday, June 5, 2016
LAWATAN KERJA ‘EXPLORE THE GEOPARK’ BERSAMA GEOPARK AMBASSADOR KE GUNUNG SEWU UNESCO GLOBAL GEOPARK, INDONESIA
23 – 27 Mei 2016, seramai 11 orang Geopark Ambassador Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGG) telah diberi kesempatan untuk mengadakan lawatan kerja ‘ Explore The Geopark’ ke Gunung Sewu UNESCO Global Geopark. Lawatan kerja ini adalah untuk berkongsi dan memberikan pendedahan serta pengalaman kepada para peserta berkenaan urus tadbir sesuatu geopark dan menghayati keindahan alam semulajadi yang terdapat di Gunung Sewu UNESCO Global Geopark.
Delegasi dari LUGG ini disambut baik oleh bupati Gunung Kidul iaitu
En. Khairudin dan Penguru Besar Gunung
Kidul Ir. Budi Martono Msi. Delegasi LUGG dibawa melihat Situs Gunungapi Purba
Nglanggeran Patuk, Sungai Batur dan Situs Gua Pindul Bejiharjo, Karangmojo serta
melihat Muzium Karst di Pracimantoro Wonogiri. Keunikan adat, budaya serta
kepercayaan orang jawa dapat dilihat ketika delegasi mengunjungi Kuil
Borobudur, Pawon dan Mendut. Selain daripada itu, delegasi juga berpeluang
untuk mendekati Gunung Merapi yang dikatakan gunung api yang masih lagi aktif.
Dikatakan letusan Gunung Merapi yang terakhir adalah pada Jun 2006 yang lalu telah
meninggalkan banyak kesan kepada penduduk tempatan.
Majlis Pelancaran Logo Baharu Langkawi UNESCO Global Geopark dan Pelantikan Geopark Ambassador
28 Februari 2016, bertempat
di Frangipani Langkawi Resort & Spa telah berlangsungnya majlis pelancaran
logo baharu Langkawi UNESCO Global Geopark. Logo baru ini dilancarkan setelah geopark
diumumkan secara rasminya merupakan sebuah program di bawah UNESCO pada 17
November 2015. Sebanyak 130 global geopark daripada 20 buah negara termasuk
Langkawi kini berada di bawah naungan UNESCO.
Pada majlis yang sama juga, pihak LADA telah menyerahkan
sijil pelantikan “Geopark Ambassador” kepada individu-individu yang
banyak memainkan peranan dan memberi sumbangan kepada Langkawi UNESCO Global
Geopark. Seramai 21 orang yang terdiri daripada pelbagai latar belakang telah
dilantik sebagai
Geopark Ambassador. Mereka merupakan individu di kalangan komuniti dan pemain industri pelancongan Langkawi yang dilantik berdasarkan pengetahuan dan kebertanggungjawaban serta keprihatinan yang tinggi terhadap Langkawi UNESCO Global Geopark. Mereka adalah wakil ikon kepada masyarakat Langkawi tanpa jemu mempromosi Langkawi UNESCO Global Geopark kepada komuniti dan pelancong.
Geopark Ambassador. Mereka merupakan individu di kalangan komuniti dan pemain industri pelancongan Langkawi yang dilantik berdasarkan pengetahuan dan kebertanggungjawaban serta keprihatinan yang tinggi terhadap Langkawi UNESCO Global Geopark. Mereka adalah wakil ikon kepada masyarakat Langkawi tanpa jemu mempromosi Langkawi UNESCO Global Geopark kepada komuniti dan pelancong.
Peranan
GEOPARK AMBASSADOR adalah:-
· menyampaikan maklumat yang tepat
mengenai Langkawi UNESCO Global Geopark.
·
memberi kesedaran kepada
komuniti dalam menjaga sumber semulajadi.
·
menonjolkan imej sebagai geopark ambassador secara berterusan.
· menggalakkan kedatangan pelancong serta peluang peningkatan
ekonomi kepada komuniti setempat.
· mempromosikan Langkawi UNESCO Global Geopark
dalam acara dan program yang dihadiri.
Regional Geoheritage Conference 2015
Pada 2 hingga 5 November 2015 yang lalu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah menganjurkan “Regional Heritage Conference 2015” bertempat di Kompleks LADA.
Peserta-peserta persidangan ini terdiri daripada tokoh pendidikan daripada institusi pengajian tinggi, jabatan-jabatan kerajaan dan juga individu penting yang terlibat dalam pemuliharaan geopark. Sebanyak tiga buah negara terlibat dalam menjayakan persidangan ini iaitu Thailand, Malaysia dan Indonesia melibatkan kira-kira 60 orang peserta.
Persidangan ini bermula dengan pembentangan kertas kerja pada hari pertama
persidangan di Auditorium Kompleks LADA pada 2 hingga 3 November 2015. Lawatan lapangan iaitu ke Kubang Badak yang terletak di dalam kawasan konservasi Machinchang Cambrian Geoforest Park telah diadakan pada hari ketiga persidangan.
persidangan di Auditorium Kompleks LADA pada 2 hingga 3 November 2015. Lawatan lapangan iaitu ke Kubang Badak yang terletak di dalam kawasan konservasi Machinchang Cambrian Geoforest Park telah diadakan pada hari ketiga persidangan.
Persidangan selama empat hari ini diakhiri dengan lawatan ke Phu Pha Pet Cave yang terletak di kawasan Satun Geopark , Thailand pada 5 November 2015.
Langkawi Kekal Status Geopark
Langkawi Global Geopark sekali lagi berjaya
mengekalkan status sebagai Langkawi Global Geopark untuk tempoh empat (4) tahun
lagi iaitu 2015 hingga 2019.
Kerjasama dan usaha yang berterusan dari semua
pihak dalam memastikan kejayaan Langkawi
Global Geopark untuk terus memegang kad hijau akhirnya membuahkan hasil apabila
Langkawi Global Geopark dianugerahkan sijil tersebut semasa persidangan
bertempat di San’i Kaigan Jepun pada 17 September 2015. YBhg. Tan Sri Khalid,
Ketua Pegawai Eksekutif LADA telah menerima sijil tersebut daripada pihak
UNESCO.
Rentetan daripada kejayaan tersebut, satu sidang
media telah diadakan pada 28 September 2015 bertempat di Ayer Hangat Village
bertujuan untuk mengumumkan keputusan penilaian semula Langkawi Global Geopark
yang telah diadakan pada 1 hingga 4 Ogos 2015. Kenduri kesyukuran sempena
kejayaan mengekalkan status Langkawi Global Geopark turut
diadakan pada hari yang sama.
diadakan pada hari yang sama.
Misi Penilaian Semula Langkawi Global Geopark
Pada 1 hingga 4 Ogos 2015 yang lalu, Langkawi Global Geopark telah menerima kehadiran dua orang penilai daripada pihak UNESCO dalam misi penilaian untuk memastikan kelangsungan pulau pelancongan ini terus memegang status Langkawi Global Geopark bagi tempoh empat tahun lagi.
Wakil daripada UNESCO yang bertindak sebagai penilai iaitu Mr Pascalue Li Puma dari Madonie Geopark Itali dan juga Mr Pablo Rivas Palomo dari Cabo De Gata Nijar Natural Park, Sepanyol. Penilaian semula bagi kali kedua ini juga membuktikan bahawa LADA selaku peneraju pembangunan dan juga penyelaras Langkawi Global Geopark begitu komited dalam mempertahankan status geopark demi kepentingan bumi Langkawi sendiri dan juga negara Malaysia amnya.
Penilaian dilakukan adalah berdasarkan pembentangan, lawatan
ke geotapak, aktiviti konservasi, budaya dan juga pendidikan serta penglibatan
komuniti setempat. YBhg. Tan Sri Khalid, Ketua Pegawai Eksekutif LADA telah membentangkan
kertas kerja bertajuk “Langkawi At A Glance”.
Para penilai telah melawat tiga kawasan konservasi utama Langkawi Global Geopark iaitu Kilim Karst Geoforest Park, Machinchang Cambrian Geoforest Park dan juga Dayang Bunting Marble Geoforest Park. Selain itu, mereka juga dibawa melawat ke Laman Padi dan juga sekolah angkat geopark yang baru iaitu Sek. Men. Kebangsaan Kedawang.
Misi penilaian pada kali ini telah mendapat kerjasama
daripada agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Polis Marin, APMM, Jabatan
Laut, Jabatan Perhutanan, Jabatan Kesihatan serta Jabatan Pertahanan Awam.
PROGRAM KONSERVASI
BERSAMA PESERTA PRORGAM MALAYSIAN TECHNICAL COOPERATION PROGRAMME (MTCP) –
CERTIFICATE IN JUVENILE AND REHABILITATION Program konservasi penanaman anak bakau telah diadakan di
sekitar kawasan Kilim Karst Geoforest Park pada 7 April 2016 lalu. Program
anjuran LADA ini telah melibatkan 38 orang peserta luar negara antaranya
Indonesia, Brunei, Fiji, India, Tanzania, Filipina, Uganda, Cambodia, Mauritius
dan Thailand serta beberapa peserta tempatan daripada Jabatan Penjara. Mereka merupakan
peserta program Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP) – Certificate
In Juvenile And Rehabilitation anjuran Wisma Putra dan Akademi Koreksional pada
1 hingga 27 April 2016.
Program ini dimulakan dengan taklimat mengenai hutan paya
bakau di kawasan Santuari Bakau. Peserta juga diberi penerangan mengenai cara
menanam anak bakau dan turut dibekalkan dengan dua anak pokok setiap seorang
untuk dibawa ke tapak tanaman dengan menaiki bot. Sebanyak 84 anak bakau
berjaya ditanam oleh peserta. Program ini berakhir dengan lawatan peserta ke
Gua Kelawar, Eagle Watching, Andaman Sea
Tour dan Fish Farm. Turut hadir bersama Tuan PKP S. Adinaraina, Pengarah
Akademi Koreksional Malaysia.
Wednesday, December 24, 2014
Monday, November 10, 2014
Ekspedisi Saintifik Gunung Raya 2014
25
Oktober, Pusat Penyelidikan Langkawi -
Seramai 67 penyelidik yang terdiri daripada pelbagai bidang kepakaran telah
menyertai Ekspedisi Saintifik Gunung Raya yang dianjurkan oleh Pusat
Penyelidikan Langkawi, UKM dengan kerjasama LADA, Jabatan Perhutanan Negeri
Kedah, Jabatan Mineral dan Galian, Jabatan Perhilitan Negeri Kedah dan Jabatan
Perparitan dan Saliran Negeri Kedah.
Tujuan
ekspedisi ini dilaksanakan adalah untuk melengkapkan pengkalan data sumber asli
dan budaya kepulauan Langkawi. Diharapkan dengan kajian ini dapat membongkar
khazanah alam di sekitar Gunung Raya demi faedah dan manafaat akademik serta
dapat membantu industri pelancongan di Langkawi.
Antara
bidang kajian yang diberi tumpuan pada ekspedisi kali ini ialah geologi,
biologi, komuniti dan masyarakat setempat serta kajian pencemaran sungai akibat
aktiviti pelancongan.
Sunday, October 12, 2014
Lawatan bersama MTCP
Pada 3 September 2014, peserta Malaysian Technical Cooperation Program (MTCP) dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia telah mengadakan lawatan ke Kilim Karst Geoforest Park. Program ini melibatkan hampir 30 orang peserta dari beberapa buah negara antaranya Taiwan, Vietnam, Laos, Maldives, Filipina, Malaysia dan beberapa negara dari benua Afrika. Beberapa pegawai dan staf Bahagian Geopark yang diketuai oleh En Mohd Rohaizad telah mengiringi lawatan ini sambil memberi penerangan mengenai setiap tempat yang dilawati.
Taklimat awal telah diberikan sebagai pengenalan mengenai Langkawi Geopark dan maklumat asas mengenai aspek keselamatan. Selepas itu peserta dibawa melawat ke Gua Kelawar untuk melihat keunikan struktur gua seperti stalagtit, stalagmit dan tiang gua. Peserta juga diberi penerangan mengenai spesis kelawar dan fungsi hutan paya bakau untuk kelestarian alam.
Seterusnya, peserta dibawa menyelusuri Sungai Kilim untuk melihat burung helang serta struktur batuan yang terdapat di kawasan ini.
Peserta diberikan peluang untuk berinteraksi secara dua hala dengan pegawai dan staf geopark. Melalui hal ini, peserta mendapat maklumat secara menyeluruh mengenai Langkawi Geopark. Lawatan diakhiri dengan
kunjungan ke taman ikan milik warga tempatan. Di situ, peserta dapat melihat pelbagai jenis ikan yang diternak untuk tujuan pameran.
Program ini tamat sekitar jam 1 tengah hari dengan kenangan manis yang dibawa oleh para peserta ke negara masing-masing. Diharapkan program ini dapat diteruskan pada masa hadapan untuk mempromosikan Langkawi Geopark serta mendidik masyarakat mengenai tanggungjawab terhadap alam sekitar,
Wednesday, September 17, 2014
Program 'School to Geopark'
Dalam usaha meningkatkan pemahaman generasi muda terhadap Langkawi Geopark, program-program pendidikan dan kesedaran awam telah dipergiatkan. Pada 16 Ogos 2014, Bahagian Geopark, LADA telah mengadakan program School to Geopark dengan kerjasama Kolej Vokasional Langkawi. Program ini menyusul setelah Program Geopark to School, iaitu penerangan secara teori diadakan pada 3 Jun 2014 bertempat di Kolej Vokasional. Seramai 40 orang pelajar serta tenaga pengajar dibawa melawat Dayang Bunting Marble Geoforest Park iaitu salah satu dari tiga Taman Rimba di Langkawi Geopark. Program dimulakan dengan taklimat ringkas oleh En Khairul bin Abdul Ghalim, selaku pegawai yang bertanggungjawab menyelaras program pendidikan mengenai perjalanan program dan disusuli dengan taklimat keselamatan. Selain melawat keindahan Pulau Dayang Bunting, pelajar serta guru diberi pemahaman mengenai unsur-unsur geologi dan biologi oleh pegawai dan kakitangan Bahagian Geopark. Pelajar serta guru telah dipecahkan dalam kumpulan yang kecil untuk memastikan komunikasi dua hala dapat dijalankan dengan lancar.
Selain melawat keindahan Pulau Dayang Bunting, mereka juga dibawa ke Pulau Ular untuk melihat spesies Bakau Pasir atau Rhizophora stylosa iaitu spesies bakau yang jarang ditemui dan dikategorikan sebagai terancam. Pelajar diberi penerangan mengenai spesis bakau serta kepentingan memelihara hutan bakau kepada ekosistem dan kelangsungan hidup hidupan.
Penerangan mengenai unsur geologi di Pulau Ular
Program ini tamat sekitar jam 2.30 petang dengan kenangan indah yang dibawa pulang oleh para pelajar. Program ini akan diteruskan dari masa ke semasa dalam usaha membentuk 'Geopakian' yang bertanggungjawab terhadap langkawi Geopark.
Subscribe to:
Posts (Atom)




























