Sunday, June 5, 2016

LAWATAN KERJA ‘EXPLORE THE GEOPARK’ BERSAMA GEOPARK AMBASSADOR KE GUNUNG SEWU UNESCO GLOBAL GEOPARK,  INDONESIA

23 – 27 Mei 2016,  seramai 11 orang Geopark Ambassador Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGG) telah diberi kesempatan untuk mengadakan lawatan kerja ‘ Explore The Geopark’ ke Gunung Sewu UNESCO Global Geopark. Lawatan kerja ini adalah untuk berkongsi dan memberikan pendedahan serta pengalaman kepada para peserta berkenaan urus tadbir sesuatu geopark dan menghayati keindahan alam semulajadi yang terdapat di Gunung Sewu UNESCO Global Geopark. 


Delegasi dari LUGG ini disambut baik oleh bupati Gunung Kidul iaitu En. Khairudin dan Penguru Besar  Gunung Kidul Ir. Budi Martono Msi. Delegasi LUGG dibawa melihat Situs Gunungapi Purba Nglanggeran Patuk, Sungai Batur dan Situs Gua Pindul Bejiharjo, Karangmojo serta melihat Muzium Karst di Pracimantoro Wonogiri. Keunikan adat, budaya serta kepercayaan orang jawa dapat dilihat ketika delegasi mengunjungi Kuil Borobudur, Pawon dan Mendut. Selain daripada itu, delegasi juga berpeluang untuk mendekati Gunung Merapi yang dikatakan gunung api yang masih lagi aktif. Dikatakan letusan Gunung Merapi yang terakhir adalah pada Jun 2006 yang lalu telah meninggalkan banyak kesan kepada penduduk tempatan.     












No comments:

Post a Comment